Assalamualaikum kesayangan ku ! hehe .. tengok jam baru pukul 6.38 pagi. Ya Allah semangat nya sis ! itulah berjaga, sampai sekarang tabole lelap. sis redha .Okay ! berbalik kepada tajuk kita harini sis nak kongsi resepi . resepi pavlova yang mudah dan sedap . seriously tak tipu . bhehehe ~
Sebelum tu , haa dah solat subuh ke belum ? kalau belum cepat cepat lah waktu pon dah nak habis nih. sembahyang lah kau sebelum kau disembahyangkan *suara garau* .. mwehehe~
Okay tanpa membuang masa ..... 🙌
Bahan bahan yang kita perlukan ~
*telur gred A - 4 biji ( hanya mengunakan putih telur )
*tepung jagung - 1 sudu biasa
*cuka - 1 sudu kecil teh
*esen vanila - 1 sudu teh
*gula kastor - 1/2 cawan
*whipped cream - 250 ml ( jenama value pride)
*buah-buahan masam- strawberry,kiwi, anggur
*baking paper
Cara - caranya ~
*sebelum mulakan, panaskan oven 110-120 © 15 minit. api bawah sahaja.
*pukul putih telur dengan menggunakan mixer dengan kelajuan yang paling dasyat aka max sehingga putih.
*kemudian masukkan esen vanila dan gula kastor . pukul sehingga sebati.. akhir sekali masukkan cuka dan tepung jagung kedalam adunan . kemudian pukul sehingga kental. Okay .. macam mana nak tahu adunan kental atau tak ? bila terbalikkan bekas, adunan melekat macm spiderman tak jatuh. adunan ini nama glamor dia ialah "meringue". adunan raw meringue kite dah SIAP !
* sapukan planta or marjerin pada papan pembakar. Alaskan dengan baking paper.
*curahkan meringue ke atas baking paper itu tadi. ikut cita rasa sendiri samaada nak buat saiz kecil atau besar. bulat atau petak. *buat lekukkan ditengah adunan tau contoh macam kawah* . kemudian bakar pada suhu 110-120 © selama 1 jam 15 minit (api atas bawah) sehingga meringue bertukar perang . *bergantung kepada oven masing-masing*apabila siap dibakar JANGAN KELUARKAN DARIPADA OVEN, biarkan seketika didalam oven. tekstur meringue ni rapuh diluar lembut didalam. seolah-olah macam marshmallow yang dibakar. serious .
*kemudian pukul whipped cream menggunakan mixer sehingga kental. *boleh tambah 1 sudu teh vanila*
*potong buah buahan ikut kreativiti.
*akhir sekali , keluarkan meringue. kemudian sapukan whipping cream keatas meringue itu tadi. sapukan sebanyak mana yang anda suka. *ada gaya chef tak ?* bhehe~
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| dua biji pavlova saiz sederhana digabungkan dan diletakkan cream ditengah . yummy ! 😋 |
Tadaaaa !!!!!! Okay ini hasil ketiga pavlova sis. atas permintaan kawan kawan terpaksa tunaikan . hehe tapi tak pe yang penting puas hati . Alhamdulillah dorang bagi feedback yang baik baik je.
Selamat mencuba ! 🙆
No comments:
Post a Comment