Friday, 1 January 2016

Hello 2016 !!!

Assalamualaikum,

     Hi dah lama tak update . pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru . hello 2016 ! 💕

Harini mood rajin nak update blog . sedikit sebanyak nak ceritakan perkara yang berlaku sepanjang 2015 . like seriously guys , 2015 was a tough year for me . starting with im quit my job as account assistant in wahaba then aku di uji dengan bermacam-macam ujian hati . quiet tough for me, bila terjumpa pic dia dengan another girl , berpeluk bahu but dimaafkan sebab nampak dia bersungguh menyesal . . kedua, another girl mengaku dia mesej , sent pic semua , cerita tentang kahwin . tersentap . but i trust and i forgive him .. it's okay , Allah akan tunjukkan kebenarannya juga 😊
28 disember , birthday dia . dah prepare macam macam tak jadi . menyedihkan . then dikejutkan dengan ma masuk hospital sebab darah tinggi , kencing manis . jantung bengkak . mata langsung tak nampak . ma dimasukkan ke HTTA kuantan dalam empat hari untuk laser treatment . tiga hari bermalam di hospital . my lil sis teman dua hari . then aku ganti hari seterusnya . sempat bermalam sehari tapi doc cakap dah boleh balik even ma belum fully recover. tapi kena buat rawatan susulan setiap khamis . kesian ma dia cakap sakit sangat bila laser. doc dan nurse especially bahagian wad mata memang bagi layanan terbaik .

InsyaAllah berharap sangat tahun 2016 lebih baik dari tahun sebelum . semoga Allah panjangkan umur ma abah, adik beradik , dia  dan panjangkan umur ku .

my wishlist ;
1.lesen kereta
2.business maju target RM3000 per month bersih tetap . 💸
3.dapat beli kereta axia putih 🚗
4. bertunang atau berkahwin . 👰
5.ubah perangai buruk 😂

amiinnn ...

Tuesday, 13 October 2015

Resepi pavlova yang super awesome !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum kesayangan ku ! hehe .. tengok jam baru pukul 6.38 pagi. Ya Allah semangat nya sis ! itulah berjaga, sampai sekarang tabole lelap. sis redha .Okay ! berbalik kepada tajuk kita harini sis nak kongsi resepi . resepi pavlova yang mudah dan sedap . seriously tak tipu . bhehehe ~

Sebelum tu , haa dah solat subuh ke belum ? kalau belum cepat cepat lah waktu pon dah nak habis nih. sembahyang lah kau sebelum kau disembahyangkan *suara garau* .. mwehehe~

Okay tanpa membuang masa ..... 🙌


 Bahan bahan yang kita perlukan ~

*telur gred A - 4 biji ( hanya mengunakan putih telur )
*tepung jagung - 1 sudu biasa
*cuka - 1 sudu kecil teh
*esen vanila - 1 sudu teh
*gula kastor -  1/2 cawan
*whipped cream - 250 ml ( jenama value pride)
*buah-buahan masam- strawberry,kiwi, anggur
*baking paper

Cara - caranya ~

*sebelum mulakan, panaskan oven 110-120 © 15 minit. api bawah sahaja.

*pukul putih telur dengan menggunakan mixer dengan kelajuan yang paling dasyat aka max sehingga putih.

*kemudian masukkan esen vanila dan gula kastor . pukul sehingga sebati.. akhir sekali masukkan cuka dan tepung jagung kedalam adunan . kemudian pukul sehingga kental.  Okay .. macam mana nak tahu adunan kental atau tak ? bila terbalikkan bekas, adunan melekat macm spiderman tak jatuh. adunan ini nama glamor dia ialah "meringue". adunan raw meringue kite dah SIAP !

* sapukan planta or marjerin pada papan pembakar. Alaskan dengan baking paper.

*curahkan meringue ke atas baking paper itu tadi. ikut cita rasa sendiri samaada nak buat saiz kecil atau besar. bulat atau petak. *buat lekukkan ditengah adunan tau contoh macam kawah* . kemudian bakar pada suhu 110-120 © selama 1 jam 15 minit (api atas bawah) sehingga meringue bertukar perang . *bergantung kepada oven masing-masing*apabila siap dibakar JANGAN KELUARKAN DARIPADA OVEN, biarkan seketika didalam oven. tekstur meringue ni rapuh diluar lembut didalam. seolah-olah macam marshmallow yang dibakar. serious .

*kemudian pukul whipped cream menggunakan mixer sehingga kental. *boleh tambah 1 sudu teh vanila*

*potong buah buahan ikut kreativiti.

*akhir sekali , keluarkan meringue. kemudian sapukan whipping cream keatas meringue itu tadi. sapukan sebanyak mana yang anda suka. *ada gaya chef tak ?* bhehe~

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

dua biji pavlova saiz sederhana digabungkan
dan diletakkan cream ditengah . yummy ! 😋


Tadaaaa !!!!!! Okay ini hasil ketiga pavlova sis. atas permintaan kawan kawan terpaksa tunaikan . hehe tapi tak pe yang penting puas hati . Alhamdulillah dorang bagi feedback yang baik baik je.

Selamat mencuba ! 🙆



Thursday, 25 September 2014

Pepohon ..

Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum..

Saat tiba nafas dihujung hela
mata tinggi tak sanggup bicara
mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda 
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati ...

4.36 am : aku terjaga dari tidur ..melodi "Bila tiba" nyanyian ungu tidak semena-mena bermain didalam fikiran. cuba menghayati bait-bait lagu ini satu persatu . tersentak seketika. Benarlah, mati tak bisa untuk kau hindari, tak bisa engkau lari, ajalmu pasti menghampiri. persoalannya bila ? dimana ? apakah penyebab ajalmu tiba ? adakah esok atau lusa ? adakah malam ini atau beberapa minit lagi atau sekarang ? ya, jawapan yang takkan dapat kita jawab. bersediakah kita ? "tepuk dada tanya iman." kemana arah tuju kita selepas itu ? bila tiba berganti dunia, alam yang sangat jauh berbeza ,siapkah kita menjawab semua pertanyaan di alam sana. bila saat itu kita hanya menangis tanpa suara..,sampai bila kita terus hanyut sedangkan kita tak mengetahui bilakah ajal datang. cukupkah amal ibadat selama ini ? atau malaikat sebelah kiri yang selalu mencatit , malaikat sebelah kanan hanya menanti ? kita tak dapat lari lagi ..ajal akan datang juga ...

Allah swt berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia." ( At-Tahrim: 6)

Sebuah hadis Nabi saw yg diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas ra, bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Bahawa malaikat maut memerhatikan wajah setiap manusia di muka bumi ini sebanyak 70 kali dalam sehari."

gambar sekadar hiasan


 Di dalam suatu riwayat di ceritakan :
"Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yg mana daunnya itu sama banyaknya dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya hanya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. pabila gugur daun itu, maka tahulah Izrail bahawa ia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut. wallahualam ...


"Ya Allah, aku pendosa , hamba lemah , sering melakukan kesalahan yang sama berulang kali. berikan aku hidayah supaya aku tak terus hanyut. bantu lah hamba mu ini Ya Allah ..
semoga kita tergolong didalam golongan yang mendapat keredaan Allah."

aaminn




Friday, 30 November 2012

ros merah



# mahu menjadi seperti ros merah, berbau harum, merah tanda garang, nampak cantik tetapi berduri, tidak boleh disentuh dengan sewenang-wenangnya....

Saturday, 27 October 2012

Hidangan Hari ke-2 Raya Korban:)


Semalam open house kan, so hari ni suzi update picture untuk hidangan semalam. nyum3...sedapkann.. ^_^







hidangan : Nasi ayam + BBQ + puding roti + puding karamel + mee goreng + kek coklet + air orange +air   grape. . .